Monday

Salam Maal Hijrah

Buat semua tetamu di BMD (BlogMamaDayana) yang beragama Islam, saya ingin  mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH buat semua...Tahun 2013 ini 1 Muharram jatuh pada hari Rabu..dua hari selepas perayaan Deepavali. Jadi, ramailah yang mengambil cuti panjang. Opps..bukan cuti yang ingin saya highlight dalam entry kali ini tapi saya ingin kongsikan pengertian Hijrah itu dengan pembaca tersayam.

Apakah pengertian 'Maal Hijrah'?

Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Rasanya ramai yang tidak tahu dan keliru dengan Sambutan Maal Hijrah. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Cumanya tahun berlaku peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam yakni sebagai tahun pertama kalendar Islam. Manakala bulan Muharram pula dipilih sebagai bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ini bermakna, bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru.

Jom sama-sama hayati pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. , Junjungan Besar kita.

- Ikhlas-
Ruzidah Abdullah