Tuesday

Ketahui apa itu Sistemik lupus eritematosus (SLE) ?

Pernahkah anda tahu mengenai kewujudan penyakit SLE? Apa itu SLE ? Jujurnya , sebelum kenal Shaklee saya memang tidak tahu akan penyakit ini.. Yelah..kalau tak de saudara mara atau ahli keluarga kita yang menghidapi penyakit ini sudah tentu kita pun tidak mengambil tahu akan sesuatu penyakit itu secara mendalam. Setelah mengenali Shaklee, saya mula men'google' mengenai penyakit-penyakit yang saya rasa saya perlu ambil tahu.Supaya nanti senanglah saya nak berurusan dengan sekiranya saya berjumpa dengan pelanggan yang menghidapi penyakit ini. =)

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

Kesannya, ini akan merosakkan beberapa organ tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Ciri-ciri penyakit ialah:
• Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
• Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
• Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
• Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
• Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
• Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
• Sawan, strok dan gangguan mental
• Risiko untuk mendapat darah beku
• Kerap keguguran bayi
• Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
• Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menyerang mana-mana individu terutama wanita muda, tanpa menunjukkan tanda-tanda yang spesifik.


Figure di atas menunjukkan ciri-ciri orang menghidapi SLE iaitu ada tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung

Jika anda merasa  tidak sihat, periksalah dan dapatkan segera rawatan sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal.

KLIK SINI untuk membaca kisah pesakit SLE dan Shaklee.

Alert : Alfalfa Shaklee adalah tidak sesuai untuk di ambil oleh pesakit SLE. Sila inform sekiranya ada menghidapi SLE supaya saya dapat consult apa produk yang sesuai untuk anda.

Ruzidah bt Abdullah
Shaklee ID : 933174
✎ sms/whatsapp: 0136691930
✍ FB:  Ruzidah Abdullah
✍ Page:  VitaOnlineShop
✉ email: ruzidah@gmail.com