Saturday

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu dengan Kerap

Kenapa perlu menyusui bayi dengan kerap?

✿ Memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi walaupun ibu telah kembali bekerja atau berpisah sementara.

✿ Susui bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu.

✿ Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa yang terluang semasa anda bersama bayi walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya.

✿ Jangan gunakan puting kosong.

✿ Perah susu ibu selepas menyusukan bayi. Cara ini akan membantu payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.

✿ Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Jangan  risau tentang pengawalan berat badan dengan mengurangkan makan kerana memberi susu ibu boleh membantu ibu mendapat bentuk badan yang asal dengan lebih cepat berbanding dengan ibu yang memberi susu botol.

☆ Bagi ibu bekerja :
✿ susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan sebaik sahaja  balik dari kerja. Beri penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan pada hari cuti.

✿ Jika mampu, gunakan pam berkembar (double pump). Ia dapat menjimatkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan susu. Kajian menunjukkan “double pumping” meningkatkan penghasilan prolaktin.

 Lebihkan kekerapan memerah susu di tempat kerja, sekurang-kurangnya 2-3 kali

  Tenangkan fikiran.

✿ Semasa bayi sedang menyusu, perah payudara yang sebelah lagi . Pendekatan ini lebih berkesan bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.

 ✿ Tidur bersama bayi pada waktu malam dan jangan abaikan penyusuan malam  kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu.

Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu

✿ Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara efektif.
✿ Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan sakit puting.
✿ Melancarkan pengaliran susu.

 Posisi ibu yang betul

✿ Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika diperlukan.

Posisi bayi yang betul

✿ Badan bayi selari.
✿  Badan bayi rapat ke badan ibu supaya bayi dibawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi.
✿  Bayi diampu sepenuhnya- kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi yang baru lahir.
✿ Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara



Cara Pelekapan Yang Betul


Pelekapan yang betul


   

     
Pelekapan yang salah


  • Mulut bayi terbuka luas
  • Mulut bayi tidak terbuka luas

  • Bibir bawah melangkup  keluar

  • Bibir bawah tertarik ke dalam
  • Dagu bayi menyentuh payudara

  • Dagu bayi jauh daripada payudara
  • Lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah mulut bayi ( asymetrical latch )
  • Lebih banyak areola kelihatan di bawah mulut bayi (atau sama bahagian atas dan bawah)