Saturday

Fakta menarik berkaitan otak

Sedang bersantai-santai di pagi Ahad ni..terjumpa pulak buku pasal Otak atau bahasa Inggerisnya 'Brain'. Sebab ini adalah buku budak-budak, maka banyak illustrasi berkenaan otak yang ditunjukkan. Tak de lah rasa mengantuk sangat nak baca.

Saya share sikit kat sini apa yang menarik pasal otak ni...

Otak manusia mempunyai isipadu kira-kira 1350ml. Otak terdiri daripada 100 juta sel saraf yang dipanggil neurons. Otak merupakan bahagian tubuh yang paling lembut, maka otak dilindungi oleh tengkorak.


otak



Apakah fungsi otak? Otak mengawal seluruh tubuh dan pemikiran . Orang yang melakukan sesuatu tanpa berfikir sering dikatakan orang yang tiada otak. Haha...ini buku ni yang tulis...saya copy paste je..Pastu boleh pulak dia letak gambar orang gila kat sebelah tengah joget2...Kelakar la kot untuk budak -budak..

Hehe..sambung lagi pasal otak. Otak berkembang ketika usia 0-8 tahun . Seluruh tubuh dan pergerakan kita dikawal oleh otak. Besar fungsinya otak kat kita ni!kan? Otak bertindak balas berdasarkan kepada pemikiran kita; realitinya otak dan pemikiran adalah tidak sama. Otak adalah sesuatu yang maujud sedangkan pemikiran adalah  sesuatu yang abstrak. Sungguhpun begitu, mereka saling bekerjasama.

Orang yang bijak menggunakan otak sepenuhnya. Bagaimana nak menajamkan otak? Asah dengan batu pengasah? owh..sudah tentu bukan ..Menajamkan otak bermaksud mengaktifkan otak untuk bekerja, dengan berfikir. Berfikir juga baik untuk otak. Berfikir juga boleh menghalang kita daripada nyanyuk. Teka-teki atau silangkata adalah baik untuk otak. Hmm...begitulah info pagi ahad berkaitan tubuh badan anda iaitu otak.

P/s : Omega Guard daripada Shaklee adalah minyak ikan terbaik untuk perkembangan otak anak anda...=)