Monday

MASALAH KETIDAKSUBURAN

Ketidaksuburan sering dikaitkan dengan kemandulan pada salah satu pasangan atau kedua-duanya. Bagi wanita, ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi pensenyawaan.

                                                  

Manakala bagi lelaki pula, ketidaksuburan sering disebabkan kerana tiada pengeluaran sperma pada kantung sperma. Selain itu, pengeluaran sperma mungkin berlaku , tetapi  jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika masuk ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil mensenyawakan sel telur.

PUNCA  MASALAH KETIDAKSUBURAN

WANITA

ENDOMETRIOSIS
Tisu yang menyerupai endometrium yang tumbuh di bahagian lain  cntohnya di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).

Sekiranya tisu ini tumbuh di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia  akan mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang bkerosakan koleh mengakibatkan organ peranakan wanita rosak.

Endometriosis juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.

KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
Saluran Fallopian adalah organ penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan  berenang  ke  ovum wanita untuk tujuan persenyawaan.

Kerosakan tiub Fallopian berlaku apabila ianya tersumbat akibat  jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.

HORMON DAN HAID
Ketidakseimbangan hormone adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormone tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.

Kedakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

FIBROID
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser

SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)
Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

Antara tanda-tanda PCOS ialah  kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).


LELAKI

KEKURANGAN SPERMA
Jumlah sperma dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi bilangannya kurang daripada 15 juta setiap mililiter air mani.

Keadaan tiada langsung sperma di dalam air mani dipanggil azoospermia. Punca kekurangan atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin atau bengkak buah zakar disebabkan masalah benguk (mumps).

Selain itu, saluran air mani yang mengalir daripada kilang testis boleh rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani.

CARA MENGATASI

♥Tingkatkan imuniti –Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.


♥Elakkan makanan rapu – Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesity. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh pyramid makanan.


♥Amalkan memakan makanan yang segar - Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.


♥Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.

♥Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.


VITAMIN YANG DICADANGKAN
Untuk isteri:
Vitalea,  Complex, Vita C, Alfalfa dan GLA Complex.

 Untuk Suami:
Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc Complex.

Vitalea

Vitalea ialah Mulitivitamin dan Multimineral Shaklee..ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan vitamin yang lengkap untuk memastikan kesihatan yang optimum. Bila badan dah sihat barulah ia dapat berfungsi dengan baik.

B Complex

Vitamin ni adalah sangat penting untuk wanita yang hamil dan yang merancang untuk hamil. B Complex Shaklee mengandungi asid folik yang sangat diperlukan oleh ibu hamil dan bayi di dalam kandungan.

Vita  C

Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Hanya sperma yang sihat sahaja yang akan berjaya sampai ke ovum dan hanya sperma yang kuat sahaja dapat bersenyawa dengan ovum.

Alfalfa

Alfalfa sangat penting untuk kesihatan dalaman wanita. Ia telah terbukti dapat mengatasi masalah keputihan, masalah period yang tidak teratur dan PMS..selain itu, alfalfa juga dikatan dapat membantu mengatasi “sakit ketika bersama” dan sangatmembantu dalam hubungan suami isteri.

 GLA Complex

Vitamin ni sangat penting untuk kesuburan wanita. Ia membantu wanita untukmenghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair ini pentinguntuk membantu sperma berenang ke tiub fallopio dan hidup lebih lama iaitu sehingga hari ke-5 selepas bersama.

Zinc

Zinc pula penting untuk lelaki menghasilkan sperma yang sihat dan kuat yang secara tak langsung meningkatkan peluang persenyawaan terjadi. Selain itu, Zinc juga membantu meningkatkan keinginan seksual.