Friday

Set ibu hamil Trimester Pertama

Tahniah pada bakal-bakal ibu yang tengah melalui fasa awal kehamilan. Trimester Pertama (1bulan hingga 3 bulan ) adalah antara bulan - bulan yang agak mencabar untuk ibu. Simptom-simptom seperti mual/loya, muntah, pening adalah perkara biasa untuk ibu hamil diperingkat ini. Sabarlah wahai ibu-ibu ..semua itu adalah kenangan terindah yang bakal kita ingat di hari tua kita nanti. Besar pahalanya..Insha ALLAH!

Khas untuk Trimester 1 (kandungan 1 ke 3bulan)

set hamil, trimester 1, blogmamadayana
1. B kompleks

✿ Asid folik penting utk mengelakkan kecacatan tulang belakang pada bayi. (Kecacatan spina bifida)
✿ memberikan tenaga dan mengelakkan stress atau kelesuan

2. Vitalea(multivitamin )

✿ Memastikan bacaan HB yg baik/normal sepanjang kehamilan.
✿ Mengurangkan sakit2 badan ketika hamil.

3. Vitamin C
✿ Membantu menyerap zat besi
✿ Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia dan sebagainya.
✿ Mencegah selesema

4. Ostematrix
✿ keperluan kalsium harian ibu hamil adalah 1300mg.
✿ mengelakkan kalsium ibu diserap oleh bayi.kesan kurang kalsium yg paling ketara ialah kerosakan gigi ketika hamil dan masalah kekejangan.

Tips untuk ibu hamil 
Untuk mengelakkan rasa mual dan pening,ketika ibu hamil bangun dari tidur atau berbaring, jangan bangun secara sekaligus atau spontan, usahakan secara perlahan-lahan .

Hubungi saya untuk maklumat lanjut :-

Ruzidah bt Abdullah ✎ Shaklee ID : 933174
✆ SMS/WHATSAPP: 0136691930
✍ FB: Ruzidah Abdullah || PAGES: VitaonlineShop
✉ email: ruzidah@gmail.com

➲ COD SEKITAR BANTING dan DENGKIL
POS KE SELURUH MALAYSIA

Handal Menanggalkan Minyak pada Pinggan Mangkuk dengan Dish Wash Concentrate

Kali ini saya nak berkongsi produk untuk penjagaan di dapur pulak. Jangan kita asyik utamakan kebersihan diri je, penjagaan rumah tangga pun perlu juga. Get Clean Dish Wash adalah produk Shaklee yang dicipta khusus untuk mencuci pinggan mangkuk anda.
 
Jika kami sering mengatakan yang Pencuci Wangian Pinggan kami lembut pada tangan dan mesra pada alam sekitar mungkin anda berfikiran yang ianya tidak mudah menanggalkan kotoran pada pinggan mangkuk anda. Tetapi percayalah, anda hanya memerlukan beberapa titisan untuk menanggalkan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. 
Get Clean Dish Wash ternyata:
♥ Lembut pada tangan
♥ Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
♥ Tahan lama kerana kepekatannya
♥ Menjadikan pinggan bersih berkilau
♥ Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee

Selamat
♥ Tidak bertoksik
♥ Hipoalergenik
♥ Tanpa klorin
♥ Lembut pada tangan
♥ pH seimbang
♥ Tanpa bahan kimia berbahaya


Berkesan
♥ Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
♥ Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
♥ Buih Sabun yang lebih tahan lama

Mesra alam
♥ Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
♥ Biorosot
♥ Tanpa fosfat
♥ Bungkusan boleh dikitar semula
♥ Tanpa bahan pewarna
♥ Selamat untuk sistem septik dan pembentungan.

Sumber : Shaklee

Terdapat beberapa produk lain dalam set Get Clean yang mana saya akan kongsikan dalam entri akan datang.

Berminat untuk dapatkan produk Shaklee
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Ruzidah bt Abdullah ✎ Shaklee ID : 933174
✆ SMS/WHATSAPP: 0136691930
✍ FB: Ruzidah Abdullah || PAGES: VitaonlineShop
✉ email: ruzidah@gmail.com

➲ COD SEKITAR BANTING dan DENGKIL
POS KE SELURUH MALAYSIA





Thursday

Set Berpantang Shaklee - Untuk Penjagaan dan Kesihatan Ibu

Ramai bakal ibu yang bertanya tentang set berpantang/ lepas bersalin atau dalam omputehnya confinement.. jadi iols nak share fungsi tentang set bersalin Shaklee yang asas :-

Set ini lengkap untuk 40 hari tempoh berpantang. Kini anda tak perlu risau lagi kerana set ini amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu.

✔ Vita-Lea® Iron Formula:
Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.
✔ B-Complex:
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B-Complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B-Complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

✔ Sustained Release Vita-C 500 mg:
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan Vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan Vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup Vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.


✔ Zinc Complex:
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.


Ini adalah set bersalin yang asas. Kalau nak yang full set pun ada.

Jangan segan-segan untuk  hubungi saya.

Ruzidah bt Abdullah || Shaklee ID : 933174
✎ SMS/WHATSAPP: 0136691930
✉ email: ruzidah@gmail.com

COD SEKITAR BANTING dan DENGKIL
POS KE SELURUH MALAYSIA

Monday

Khasiat & Keistimewaan Kolagen Untuk Tampil Menawan

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

FUNGSI KOLAGEN


Menghasilkan asid amino penting seperti :
•• lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
•• hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
•• arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
••  mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
•• melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
•• menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
•• menampung air dalam tubuh.
•• meningkatkan penyerapan kalsium.
•• menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
•• meningkatkan isyarat induksi
•• menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

•• memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
•• memelihara kelembapan kulit
•• menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
•• menguatkan otot dan tulang
•• membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
•• memelihara kelenturan sendi
•• mengurangkan keradangan(inflammation)
•• memberi tenaga
•• membantu pola tidur
•• memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

9 TANDA TANDA PENUAAN

•• kulit kusam
•• tak bermaya
•• tiada seri
•• kulit kedut dan mula kendur
•• pigmentasi kulit
•• cepat letih dan lesu
•• sakit badan dan sendi
•• mudah lupa
•• kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

• Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung. Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
• Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
• Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
• Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
• Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
• Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
• Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
• Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
• Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
• Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
• Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
• Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
• Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
• Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya meleBmbapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
• Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
• Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
• Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
• Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
• Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
• Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
• Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
• Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
• Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Malangnya, semakin meningkat usia, kolagen di dalam badan akan semakin berkurangan. Tetapi jangan bimbang , kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan . Pengambilan makanan tambahan secara tepat dapat menggantikan kolagen yang hilang. Bukan itu sahaja, ia juga berupaya menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Untuk itu, apa kata cuba Shaklee Collagen Powder. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang di ekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen ini memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1000 dalton. Tujuannya tidak lain bagi membolehkanya diserap dengan mudah oleh tubuh selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan dengan lebih berkesan.



Hubungi saya untuk dapatkan SHAKLEE COLLAGEN POWDER anda.
Ruzidah bt Abdullah || Shaklee ID : 933174
✎ SMS/WHATSAPP: 0136691930
✍ FB: Ruzidah Abdullah || PAGES: VitaOnlineShop
✉ email: ruzidah@gmail.com

COD SEKITAR BANTING dan DENGKIL
POS KE SELURUH MALAYSIA

Pentingnya pre-natal vitamin untuk ibu mengandung

Mula-mula sekali nak ucap tahniah pada ibu-ibu yang telah disahkan mengandung. Tak kisah lah mengandung kali keberapa pun..Anda adalah wanita hebat! Momen ini adalah momen yang akan dikenang sepanjang hidup. Bermula dari loya-loya, mengusung perut yang makin lama makin membesar, sakit pinggang dan sakit belakang..Semuanya ibu-ibu akan rasai. Oleh kerana itulah, ibu-ibu seharusnya sedar bahawa anda semua seharusnya menjaga kesihatan diri dan anak yang dikandung dengan mengambil supplemen untuk kesihatan.

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya. 


Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung : 

Vitalea
- multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :
Vitamin C
ESP


Tak Digalakkan :
Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari.
Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.

Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Untuk mendapatkan Set Suplemen Hamil anda, 
Hubungi saya untuk maklumat lanjut

Ruzidah bt Abdullah || Shaklee ID : 933174
✎ SMS/WHATSAPP: 0136691930
✍ FB: Ruzidah Abdullah || PAGES: Vitaonlineshop
✉ email: ruzidah@gmail.com

Sunday

Alahan semasa mengandung.

Sepanjang saya mengandungkan Dayana, alahan yang saya alami rasanya tak lah seteruk mana seperti sesetengah orang tu..Sampai kena masuk air dan tinggal di hospital sebab asyik muntah je...Alahan saya seperti ibu-ibu lain juga loya-loya, muntah-muntah dan perut sebu je. Bila gosok gigi di waktu pagi mesti rasa nak termuntah je. Namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.


Punca alahan

Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?

Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan

Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

CARA MENGATASI ALAHAN

Makanan
* Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.

* Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.

* Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.

* Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

* Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.

* Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.

* Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

* Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman

* Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.

* Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.

* Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian

* Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.

* Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.

* Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.

* Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.

* Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.

* Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.

* Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.

* Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

* Cadangan di atas tidak memberikan kesan.

* Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.

* Berat badan anda menurun dengan banyak.

* Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.

* Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.

* Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

Credit


Friday

Kencing manis semasa hamil

Cerita 3 tahun lepas..

Masa mengandungkan Dayana , Tahun 2010...
Saya perlu menjalani ujian kencing manis di Klinik Kesihatan kerana mempunyai keturunan yang menghidap kencing manis..
Dan , saya pun tak sangka..selepas saya dapat result dari Klinik tu , memang saya ada kencing manis semasa mengandung..Masa tu pun memang saya tak kawal makan.. Makan je apa yang saya nak..so..memang 'padan la muka saya'...Huhuhu..Sedih betul..

Untuk 'adik' Dayana nanti , saya sangat berharap yang saya tak kena kencing manis lagi. Penat nak berulang alik pergi Klinik dan saya juga mahu hidup dengan lebih sihat.

Apa Itu Kencing Manis?
Kencing manis ialah kondisi yang melibatkan peningkatan kadar gula dalam darah. Sesetengah wanita mendapat kencing manis sebelum mengandung, sementara lagi mendapat kencing manis semasa mengandung. Kencing manis yang bermula semasa mengandung dinamakan ‘gestational diabetes’ dan berlaku dalam 7% kehamilan.



Jika anda mempunyai kencing manis semasa mengandung, anda mungkin perlu menukar cara pemakanan bagi mengawal kandungan gula dalam darah. Bagi sesetengah kes yang lebih serius, anda mungkin memerlukan penggunaan insulin. Jika kencing manis tidak dikawal sebelum dan semasa mengandung, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku:

Kandungan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan bayi mempunyai saiz yang besar sebelum masa kelahirannya. Bayi yang besar boleh menimbulkan komplikasi sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bayi yang besar kebiasaannya memerlukan “c-section” kerana mereka lebih terdedah kepada risiko kecederaan jika dilahirkan secara normal seperti perubahan kedudukan bahu.

Bayi lebih berisiko tinggi untuk mengalami kecacatan atau masalah yang berkait dengan jantung, buah pinggang, tulang belakang atau otak. Sesetengah masalah ini boleh menyebabkan kematian.
Risiko untuk anda mendapat darah tinggi meningkat. Kondisi ini boleh menimbulkan masalah kepada anada dan bayi yang dikandung.

Anda mungkin mempunyai ketone di dalam darah dan air kencing yang disebabkan oleh ketoasidosis. Ketoasidosis terjadi apabila gula dalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga, maka lemak digunakan sebagai sumber tenaga. Bahan sampingan penggunaan lemak ini ialah ketone yang boleh menyebabkan kondisi yang agak serius.

Anda mungkin melahirkan bayi pra-matang (sebelum 37 minggu) atau bayi terpaksa dilahirkan awal dari waktunya.

Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami masalah kandungan gula yang rendah dalam darah (hypoglysemia).
Risiko bayi untuk terkena penyakit kuning meningkat.

Anda mungkin mengalami keguguran semasa awal kehamilan atau bayi mungkin mati dalam kandungan sebelum kelahiran.Jika anda mendapat rawatan sebelum dan semasa mengandung, anda berkemungkinan melahirkan bayi yang sihat.

Bagaimana kencing manis semasa mengandung terjadi?

Organ pankreas dalam badan menghasilkan hormon insulin. Insulin berfungsi menukar gula kepada tenaga. Hormon-hormon lain yang dirembeskan semasa mengandung boleh menghalang insulin berfungsi dengan betul. Maka, pankreas perlu menghasilkan lebih banyak insulin. Jika insulin tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah, anda akan mendapat kencing manis.
Punca sebenar mengapa kencing manis semasa mengandung terjadi tidak diketahui. Wanita yang mempunyai latar belakang seperti berikut lebih berisiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung:

✎ Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis
✎ Obes atau mempunyai berat badan melebihi BMI yang normal
✎ Mempunyai bayi yang sebelumnya bersaiz besar melebihi 4 kg semasa lah
✎ Bayi yang dilahirkan sebelumnya pernah mati semasa dilahirkan
✎ Bayi yang dilahirkan sebelumnya mengalami kecacatan
✎ Pernah mengalami keguguran
✎ Umur melebihi 35 tahun

Apakah simptom-simptom kencing manis semasa mengandung?

Kencing manis semasa mengandung boleh terjadi tanpa simptom yang jelas. Walau bagai mana pun, ujian air kencing dan darah semasa mengandung boleh mengesahkan jika anda mempunyai kencing manis atau tidak. Jika anda telah pun mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda akan mendapati ianya lebih sukar dikawal semasa mengandung. Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut, sila berjumpa doktor secepat mungkin.

✎ Sentiasa dahaga
✎ Kehilangan berat badan
✎ Makan dalam kuantiti yang banyak
✎ Kerap kencing
✎ Keletihan tanpa sebab

Bagaimana kencing manis dirawat?

Anda harus mengawal aras gula dalam darah dengan melakukan perkara seperti berikut:

✎ Mengubah cara pemakanan anda. Kebiasaannya, dietitician akan memberikan garis panduan kepada wanita mengandung yang mempunyai kencing manis.
✎ Mempunyai rutin bersenam, sekurang-kurangnya berjalan 30 minit sehari.
✎ Memantau aras gula dalam darah dengan menggunakan alat yang didapati di pasaran. Penggunaan alat ini memerlukan modal yang agak tinggi dan ianya adalah pilihan anda untuk menggunakannya. Sebaik-baiknya, ia digunakan supaya anda mengetahui pemakanan yang diamalkan semasa mengandung boleh mengawal aras gula dalam darah atau tidak.
✎ Bagi yang lebih serius, anda mungkin memerlukan suntikan insulin atau ubat mengawal aras gula dalam darah.Adakah kencing manis semasa mengandung akan berkekalan?
✎ Mengamalkan makanan yang kaya dengan zinc, b-complex dan magnesium.

Kebanyakan wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung tidak akan mempunyai kencing manis lagi selepas bersalin. Keperluan insulin oleh badan selepas bersalin akan menurun disebabkan keseimbangan hormon dalam badan akan kembali kepada normal. Walau bagaimana pun, risiko untuk mendapat kencing manis dalam jangka masa terdekat adalah tinggi. 15-20% wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung didapati mempunyai kencing manis selepas setahun bersalin. Bagi mengurangkan risiko ini, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang mencukupi.

Jika anda mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda mungkin akan kembali kepada keadaan dan rawatan asal selepas bersalin. Jika anda mempunyai sejarah kencing manis semasa mengandung, terdapat kebarangkalian untuk anda terkena kencing manis lagi jika anda mengandung di masa hadapan.

Suplemen Shaklee yang dapat membantu anda

VITALEA
- Membekalkan Zinc yang diperlukan bagi membantu menghasilkan lebih banyak insulin.
Manfaat Lain Vitalea.
 Vitamin B-Complex
-Penting dalam metabolisma gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan.
- Membekalkan kesemua jenis Vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi.
OSTEMATRIX
- Membekalkan Manesium yang diperlukan untuk pesakit kencing manis (kurangnya Magnesium antara punca Kencing Manis)

Hubungi saya untuk mendapatkan produk SHAKLEE.
Melalui COD dan POS.

Ruzidah bt Abdullah || Shaklee ID : 933174
✎ SMS/WHATSAPP: 0136691930
✉ email: ruzidah@gmail.com

COD SEKITAR BANTING dan DENGKIL
POS KE SELURUH MALAYSIA

Monday

Salam Maal Hijrah

Buat semua tetamu di BMD (BlogMamaDayana) yang beragama Islam, saya ingin  mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH buat semua...Tahun 2013 ini 1 Muharram jatuh pada hari Rabu..dua hari selepas perayaan Deepavali. Jadi, ramailah yang mengambil cuti panjang. Opps..bukan cuti yang ingin saya highlight dalam entry kali ini tapi saya ingin kongsikan pengertian Hijrah itu dengan pembaca tersayam.

Apakah pengertian 'Maal Hijrah'?

Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Rasanya ramai yang tidak tahu dan keliru dengan Sambutan Maal Hijrah. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Cumanya tahun berlaku peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam yakni sebagai tahun pertama kalendar Islam. Manakala bulan Muharram pula dipilih sebagai bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ini bermakna, bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru.

Jom sama-sama hayati pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. , Junjungan Besar kita.

- Ikhlas-
Ruzidah Abdullah

Tuesday

Mengurangkan Sakit Sendi dengan AJHT Shaklee

AJHT ? AJHT adalah singkatan untuk Advanced Joint Health Tablet. Fungsinya ialah untuk menyokong kesihatan sendi. Biasanya sendi mula mengalami masalah apabila umur makin meningkat.

Sendi-sendi dalam badan kita ini membentuk hubungan antara tulang temulang yang memberi sokongan dan membantu kita bergerak. Ia terdiri dari tulang rawan (yang lembut tu), ligamen, tendon, dan cecair sinovia (sebagai pelincir) yang beri keselesaan dan bantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskanpembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini yang sebabkan joint discomfort.

Bagaimana AJHT bertindak?
Joint Health Tablet ni membantu kita dalam 3 cara:

1. Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
2. Bertindak sebagai 'kusyen': Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.


Apakah gabungan terbaik untuk memelihara sendi yang kuat?
Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, saya sarankan anda supaya mengambil kombinasi AJHT, Omega Guard dan Ostematrix.



Hubungi saya untuk maklumat lanjut

Ruzidah bt Abdullah || Shaklee ID : 933174
✎ SMS/WHATSAPP: 0136691930
✍ FB: Ruzidah Abdullah || PAGES: VitaOnlineShop
✉ email: ruzidah@gmail.com

COD SEKITAR BANTING dan DENGKIL
POS KE SELURUH MALAYSIA